Wallpaper

Mengenal Nabi Kita

Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.

Baginda Rasulullah S.A.W adalah rasul yang terakhir diutuskan untuk manusia sejagat dan merupakan orang yang paling hampir dengan Allah. Justeru, sebagai umat Islam maka hendaklah kita mencintai Rasulullah S.A.W sepertimana ayat yang tersebut dibawah:

Katakanlah: Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah maha pengampun lagi Maha Penyayang. (Aali-’Imran:31).

Erti Cinta dan Patuh kepada Rasulullah S.A.W

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan bahawa:

“Ayat ini merupakan kayu ukur kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah S.W.T tetapi tidak berada di atas jalan Muhammad, bahawa sesungguhnya dia berdusta dalam dakwaannya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad di dalam keseluruhan percakapan dan amalannya.”

Para sahabat baginda S.A.W merupakan generasi manusia terbaik yang paling mencintai Rasulullah S.A.W sebagaimana banyak ayat Al Qur’an dan hadis yang menceritakan keredaan Allah S.W.T terhadap para sahabat dan keutamaan mereka di sisi Allah S.W.T dan Rasulnya. Sewajarnya umat Islam mencintai baginda S.A.W sebagaimana para sahabat mencintai baginda S.A.W. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya [Al-Qur'an], mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raaf: 157)

Jelas menerusi dua ayat terdahulu, cinta kepada Allah S.W.T menuntut hamba-hambanya yang beriman agar menuruti Rasulnya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti ajaran Al-Qur’an yang disampaikan oleh baginda S.A.W.

Ciri-ciri seorang pencinta Rasulullah S.A.W yang sejati

  1. Menyeru kepada Tauhid dan menentang kesyirikan. Ini bertepatan dengan mencontohi tugas agung baginda S.A.W yang diutuskan Tuhan.
  2. Mempelajari Sunnah Rasulullah S.A.W melalui khazanah hadis-hadis baginda S.A.W dan mengamalkannya dengan berterusan disamping menyebarkannya.
  3. Mengenali keperibadian Rasulullah S.A.W dan menghayati sejarah hidupnya berpandukan buku-buku dan risalah-risalah yang terbukti menjaga kesahihan maklumat dan kebenaran cerita.
  4. Sentiasa mengingati Rasulullah S.A.W dengan memujinya dan memperbanyakkan selawat ke atasnya.
  5. Mempertahankan Rasulullah S.A.W dan ajaran islam daripada dihina dan diperlekehkan musuh-musuh Islam.
  6. Mencintai apa-apa yang dicintai Rasulullah S.A.W dan membenci apa-apa yang dibenci Rasulullah S.A.W.

Syafaat Rasulullah S.A.W

Antara rahmat yang Allah S.W.T kurniakan ketika hari Kiamat kelak adalah Syafaat Agung baginda S.A.W untuk membebaskan manusia daripada kegelisahan di mahsyar. (Riwayat Bukhari)

Sedekah

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi S.A.W telah bersabda :

” Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya ataupun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu adalah sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah.”

Belajar Tawakal Dari Seekor Burung Wahai Manusia Berakal

 

“Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. At-Tirmidzi).

Ternyata ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:

1. Burung selalu bangun pagi.

Tidak ada burung yang bangunnya waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya. Continue reading

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT ?

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.

Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah

“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.” Continue reading

Apabila Syaitan Menulis

 

Semalam aku melihat kamu semasa engkau memulakan aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Malah, kau juga tidak mengucapkan “Bismillah” sebelum makan, juga tidak sempat mengerjakan solat Isyak sebelum berangkat ketempat tidurmu.

Kau benar-benar orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tidak dapat mengungkapkan betapa aku sangat gembira melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.

WAHAI SI BODOH, KAMU MILIKKU…! Continue reading